FAMJARUH - Famili Jarak Jauh


Lilypie 2nd Birthday Ticker







.::. Aku & Abg .::.






   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Thursday, January 24, 2008
Blog Baru

Blog ni secara rasminya disambung ke

http://teratakmini.blogspot.com


Posted at 11:44 am by mielina
Make a comment  

Semalam & Harini

Aku dah tau salah satu sebab kenapa kek batik aku lembik.. antaranya disebabkan kurang biskut meri.. sbb tupperware besar yg aku isi mula2 kek tu keras la gak sbb penuh dgn biskut meri, tupperware kecik tu pulak lembik sbb terlebih coklat balance tupperware beso yg x muat.. biskut merinya pulak ciput je.. Ok next time boleh dielakkan jd lembik lagi. Patut ler dlm resipi dia tulis satu stengah pek biskut meri, heheh aku pon pelik kenapa byk sgt guna biskut.. cehh mcm aku lak yg buat resepi tu, memandai je..

 

Apapun kek batik tu dah selamat dimakan oleh adik2 ipoku di kampung.. Tak sesia ler aku bwk.. Ingatkan x abis, itupun aku, abg & Hamzah Iqbal tumpang sekaki. Tak malu tul, dah bagi org pon nak balun lagi hehehe..

 

Next projek, buat puding gula hangus sbb loyang tuk kukus dah beli.. Next-next projek pulak nak buat cookies & kek.. sbb dah survey harga microwave oven & bleh afford la tuk bln nih.. Tp bukan untuk meniaga tau.. Tak layak lagi heheh.. Lauk? Heheh smlm dah sopping rempah ratus kt carefour, so ingat nak msk heavy sikit.. Udang, sotong & ikan bawal putih pon aku dah beli.. Nak masak ape ye?? Dari aritu abg request sotong goreng berlada.. Bleh la..

 

Ingat nak soping baju tuk aku & Hamzah Iqbal lak.. Sian kitorg asik pakai baju sama je (abg pon sama je mcm kitorg hehe.. tp peruntukan tuk kitorg je yg ada :D).. Tgh survey kedai baju murah kt sini, Greenpoint murah ke ah? Bukan nak bli yg branded pon, pakai tuk rumah2 je.. Baju jalan Hamzah Iqbal pon dah lusuh asik pakai tuk baju ari2..

 

Abg mohon cuti dua ari, arini & esok.. Dia demam + sakit2 badan.. Bagus gak dia cuti, bleh gi servis & bayar duit keta, kredit kad, bil, rumah, pengasuh, basuh & jemur baju & macam2 lagi.. Hahahaahh sama je mcm x cuti.. Takpe la, esok dia bleh rileks..  Baju pon melambak2 dah ni sbb sejak ari selasa takdek air.. Itupun pagi tadi air slow jek, tp ok la daripada xdek langsung. Dah plan nak beli bekas tadah air tuk bilik air.. Susah kalu nak cebok Hamzah Iqbal.. Timing buat air besar dia bukannya boleh dijangka..

 

Ape lagi aku planning, aku nak letak sini sbb senang nak ingat balik :

 

  1. Bekas tadah air (aritu aku tgk dlm RM80)
  2. Microwave Oven (Carik yg branded & murah hehe.. aku jumpa Elba RM158 ok ke? Sharp dlm RM2++, Samsung errr.. paling murah pon RM5++ hehe.. Ingatkan nak bli suma brg samsung, xmampu laaa..)
  3. Rak pinggan 3 tingkat (yg ni kena beli sbb para asal tmpt pinggan ni aku nak letak oven & brg2 letrik so Hamzah Iqbal takleh capai)
  4. Bakul kain (ni pon kena beli sbb nak pulangkan semula bakul ibu yg kitorg pinjam hehehe..)
  5. Besen (nak rendam baju senang, baldi payah la)
  6. Dapur gas (Dapur gas aku dah xleh guna sebelah kanan, so byk buang masa kalu nak masak 2-3 lauk. Kalu dah ada yg baru, dapur gas ni leh buat backup.. yg biasa rega puluh2 je, yg kaca RM1++.. adoi nak yg lawa ke nak yg affordable??..)
  7. Err.. akan diisi di kemudian hari..

 

Byk ler pulak rupanya.. Tah kena bape ratus ler agak kali ni.. Disebabkan azam aku thn ni nak kumpul duit byk2. so rasanya misi kali ni ialah mencarik barang yg molek & affordable dengan poket aku.. Yg lelain bleh diupgrade kemudian hari (mcm main game pulak)..

 

Satu lagi perkara, aku tgk payslip aku, gaji pokok x sama dgn dalam surat tawaran yg aku terima. Memang x sama ke atau dorg salah kira? Ish kena tanya  sbb beratus gak bezanya.. Takpe sok aku tanya sbb arini aku lupa nak bawak salinan surat tawaran tu.. Kena study balik, kang sesia salah tgk hehehe..

 

K ah.. boring ni.. keja pon dah xbyk skang ni.. aku dah x tau nak buat ape..


Posted at 09:08 am by mielina
Make a comment  

Tuesday, January 22, 2008
Hari ni ape jadik

Minggu lepas aku buat Choc Pudding yang diadaptasikan (cewaahh) dari myresipidotcom.. Sedapp?? Memang sedap tapi sayang seribu kali sayang, terkeras sikit sebab aku guna agar2 yg dlm plastik tu. Sepatutnya guna agar2 serbuk (ada beza ke?).. Lagi satu, aku lupa nak bancuh tepung jagung dgn air dulu sbelum masuk dlm puding, sbb tu ler puding aku berketul2.. Nasib bai boleh tapis.. Takpelah masih byk masa lagi nak belajar.. Tapi Hamzah Iqbal mmg suka.. Ada skali tu aku x sempat nak masuk dlm peti ais, dia dah menjerit2 nak rasa.. Aku pun amik ler sket guna sudu & suapkan dia.. Lerr dia melalak nak lagi..

 

Choc Pudding keras heheh..

 

Semalam aku buat kek batik tp cam lembikkk je.. Aku buat mlm td & pagi ni aku tgk x keras2 lagi. Agaknya terkurang biskut meri kot.. Ye lah, Hamzah Iqbal dah bedal sket + ada yg jatuh masa aku koyak plastik so terpaksa la buang sket.. Takpe ni pon leh try lenkali.. Masa masih panjang..

 

Alhamdulillah, slip gaji da dpt semalam & amaun yg aku dpt cukup tuk cover balik apa yg kitorg dah terguna.. Sekarang tgh tunggu tunggakan Koperasi yg kata dpt bulan Januari ni tp xdek berita lagi.. Heheh nak beli Microwave.. nak masak kek pulak.. Baru bape kerat lauk aku masak, dah nak test masak kek plak hehehe.. ape la aku nih.. Terrminat lak..

 

Aku nak letak video hamzah joget tp xtau camne nak upload.. nnti aku try upload kat youtube.. Masalahnya kat sini xleh bukak yuotube time kije.. So tunggu ler petang2 karang ke.. Petang thn dpn ke.. heheh.. Tp memang kelakar sbb gaya dia joget cam kingkong (bukan nak samakan anak dgn binatang, cuma gaya dia.. orgnya tetap budak kecik yg paling hensem kt alam semesta ni) @pun mcm org nak bersumo.. Comel sgt..

 

Abg demam arini, sakit2 urat.. Kerja dia sekarang lebih ke arah mengangkut2 komputer, maklum ler dia sorg je kumbang kat opis dia.. ehehe. X dapek daku menolong.. Tolong urut boleh la..

 

Cukup la stakat ni dulu.. nnti sambung balik.. opss lupa nk bgtau.. rumah aku xdek air.. huhuhuh.. pinggan mangkuk melambak x bercuci nih.. aiseyy..


Posted at 01:30 pm by mielina
Make a comment  

Tuesday, January 08, 2008
Expose Mistik

Sejak baca blog along pasal mistik2 ni, terasa gak la lega rumah sewa aku ni takdek pape. Aku ingatkan laa.. takdek pape.. Rupanya... jengjengjeng...

 

Jumaat malam yang sepi..... pipi..pakmat jual roti.. titi.. hahaha... intro beb!!

 

Ok ni seriyes nih, jumaat malam yang lepas, kitorg tiga beranak tido depan tv. Maklum ler dah ada astro (actually mmg tiap2 mlm pun tido dpn tv, sbb Hamzah Iqbal kena gigit serangga masa tido atas katil dalam bilik, kesian dia). Cam biasa la abg tido membelakangkan dinding, Hamzah Iqbal tido tekepit kat tengah2 (kacau daun tul :p), Aku tido paling tepi sekali, x sampai pun kat dinding bilik, kiranya macam ada laluan la dari pintu depan ke dapur kt belakang aku tu.

 

Masa tu aku dengan Hamzah Iqbal tido dulu, tinggalkan abg yg tengah syiokkk tgk cite ape tah. Aku ada ingatkan abg tuk sembahyang Isyak tp dia kata nak tido kang baru dia sembahyang.

 

Cite ni berlaku dalam pukul 2-3 pagi rasanya, agak2 je coz time ni selalu aku bangun buat susu Hamzah Iqbal. Sebelum aku tejaga tu terasa cam ada org lalu belakang aku, laju je. Disebabkan kitorg tido beralaskan tikar & comforter, badan aku leh terasa gegar org berjalan. Tak ler gegar cam nak roboh rumah tu, terasa cam getar la.. Cuba korang baring atas lantai, lepas tu suruh org lalu lalang sbelah korang, mesti terasa badan begegar sket kan? Cam tu la.. adeh pjg lak explanation aku nih.

 

Aku pun cepat2 bukak mata. Masa tu aku tido cam mengadap Hamzah Iqbal tapi bila bukak mata tu aku terus tengok dapur sebab aku bayangkan abg bangun nak gi amik air sembahyang. Lampu dapur lak memang tiap2 malam aku bukak. Tapi takdek lak bunyi pintu bilir air ataupun bunyik air. Lantak la.. Dalam hati aku cam selamba la kata "Tu la, sapa suruh tak sembahyang awal2". Aku pun nak lelapkan balik mata, pusing ke Hamzah Iqbal..

 

Skaliknya... Perghhh!!!~ Abg tengah sedap tido lena diulit mimpi betul2 kat depan mata aku. Aaaa??? Sape yang lalu belakang aku tadi??? Abg??? Mustahil!! Tikus?? Manala sama bunyi tikus lari dengan getar org berjalan. Hannn... Hann..... Hans Isaac??? Hehe... Tak sanggup aku nak menyebutnya..

 

Cepat2 aku tutup mata tp mata ni degil gak nak tgk dapur. Nasib baik tak nmpk pape kat dapur. Aku pun pejam mata kuat2.. Hamzah Iqbal lak menangis.. Adeh, dugaan tul. Aku tepuk2 dia, terus dia tido. Nasib baik mlm tu dia dah makan ubat batuk, so xdek la dia bangun mintak susu.

 

Pagi tu tiga beranak bangun pukul 10 pagi. Subuh pun terlajak. Aku pun pujuk2 ler abg ajak balik rumah ibu. Niat aku sebenarnya nak cerita kt abg tapi biarlah kat luar dari rumah ni. Sepatutnya Jumaat mlm tu kitorg dah bertolak ke kg, tapi abg malas, dia nak tgk tv & berehat.

 

Abg kata lepas Zuhur. Lepas Zuhur abg & Hamzah Iqbal sambung tido. Aku pulak masak. Bila time aku tido, dorg pulak bangun. Abg kata lepas Asar. Lepas Asar Abang sambung balik tido, aku memain dengan Hamzah Iqbal. Pastu aku pujuk2 lagi. Kitorg pun bersiap la nak balik kg. Nak keluar rumah tu, abg kata alang2 nak keluar, tunggu dulu azan Maghrib. Adeh, dugaan tul!

 

Betul2 lepas Maghrib, kitorg bertolak. Sempat singgah Chan Furniture bayar duit sofa. Ondewei balik kg, aku cite dengan abg. Sambutannya? Tidak memberansangkan langsung. Dia pulak yang sambung cita, yang jiran sbelah rumah aku tu penah cite dengan dia macam2. Maklum ler sblum ni rumah tu kira dah lama gak kosong. Pastu abg siap cakap, kalu dia nak duduk, duduk je la, asalkan tak ganggu kitorg. Lagipun memang tu tempat laluan dia, macamana nak buat!!. Mula2 tensen gak aku dengar, lagi2 bila abg cakap tah2 mende tu ikut kita balik kg.. Arghh!!!~ Geram tul!!! Lelama tu terpikir gak, syukur ler benda tu tak ganggu kitorg & tak nampak. Sekurang2nya hilang sikit perasaan takut aku ni.

 

Kat kg, aku cite dgn ibu & ayah. Aku cite la yang kwn aku penah kata kalau pintu depan selari dengan pintu belakang, memang tempat laluan dia. Ayah pun setuju. Rumah sewa aku ni pun kalau berdiri kat pintu depan, leh nmpk pemandangan luar pintu dapur. Memang selari. Abg pun cakap, lepas ni jangan ada pape yang blocking kawasan tu. Selalunya aku letak Playard Hamzah Iqbal kat situ.

 

Ok la so far, takdek pape lagi cite yg mistik. Memang mengharap pun tak ada lagi yang mistik. Korg pun doakan la ye.


Posted at 07:49 am by mielina
Comment (1)  

Tuesday, January 01, 2008
Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru dan Selamat Berazam Baru..

 

Tak sangka harini dah bermula hari baru bagi tahun 2008. Apa azam aku tahun ni? Nak kahwin dah, nak ada anak pun dah. Tahun lepas tak sempat nak berazam sebab sibuk menguruskan si kecik putera comel Hamzah Iqbal tu.

 

Tahun ni aku berazam nak kumpul duit sebanyak yang boleh. Maklum la gaji Disember aku tak dapat lagi, tunggakan bayaran koperasi Unikeb pun aku tak terima lagi. Wahahaha.. makcik kayo.. Tapiii.. kena ingat. Aku kena ganti balik duit saving yang abang dah keluarkan tuk dulukan perbelanjaan aku pindah dan bayo segala hutang piutang. Duit kereta je dah berapa.. Tula sape suruh pakai sampai 2 kereta. Ada sesapa nak beli Kelisa SE biru?

 

Sempena Tahun Baru ni, Hamzah Iqbal dah makin lasak. Gigi pun dah tambah dua batang, so jadilah dua batang atas, dua batang bawah. Manja pun dah terlebih, dah teruk kena bantai pun manja lagi dengan aku. Huhuh anak ibu ler katakan. Astro pun dah masuk kat rumah sewa so takdek la istilah keboringan tahap cipan lagi. Hamzah Iqbal pun dah pandai tengok cerita kartun & yang paling dia suka sekali tentunya IKLAN. Hehehehh..

 

Jumaat lepas bertolak ke kampung Bandar Tun Razak (Kampung ke tu? Kampung Congo ade la hehe..). Kiranya balik KL la, geli pulak panggil kampung. Sempat singgah Semerah & tidur kat R&R Nilai ke Seremban tah aku lupa. Sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Disebabkan teroverdose dalam perjalanan dari rumah, Hamzah Iqbal mendapat tenaga lebih sampaikan nak suruh tidur pun macam nak ajak pegi berperang. Kesian nenek terpaksa layan karenah cucu sorang yg tak reti duk diam nih.

 

Esoknya, dapat memain sekejap dengan Lila sebelum pergi Jusco tuk beli hadiah besday Fatah. Budak tu ada permintaan la pulak, nak kereta Ferrari. Mana la kitorg nak cekau duit sampai 2++ tuk beli keta mainan tu, so aku pun pujuk abg belikan Fatah keta remote control Honda Type R yg reganya rm60 lebih. Ok la, janji dapat jugak kereta. Sekalinya abang pun join sekali beli Honda Type R jugak tapi yg besar sikit, rega RM80 lebih. Cehh... dia pun nak jadi besday boy jugak ke? Takleh jadi ni, aku pun ambil mainan Fisher's Price tuk Hamzah Iqbal hehehe.. Balik rumah macam biasa la, terus main mainan baru sampaikan kesian Hamzah Iqbal kaki asik kena lenyek dengan kereta ayah dia je. Trauma la sekejap dia tu sampaikan dengar bunyi kereta mainan tu pun dia da jadi takut.

 

Mama Lila belikan Hamzah Iqbal baju baru. Wahhh warna merah tu. Thanks Mama Lila. Lupa lak nak belikan pape tuk Lila hehe.. sori..

 

Ahad, bergerak balik pukul 1 tengahari. Singgah rumah ibu & pukul 8 baru bertolak semula ke rumah sewa. Adeh penat!!~

Hari ni, macam biasa menunggu kerja. Awal tahun ni mesti melambak kerja yang menanti. Tunggu je la...

 

Nota kaki : Alahai, sayangnya x dapat ambil gambar Hamzah Iqbal cium Lila.. Satu gambar Lila pun aku tak ambil.. Ruginya..


Posted at 08:43 am by mielina
Make a comment  

Monday, December 24, 2007
Kegagalan..

Percubaan untuk misi memasak lauk Masak Lemak Cili Api menemui kegagalan sebab terlebih santan. Ahak..ahak.. sapo la punya kije tu.. Beli santan segera, gitulah jadinya. So, ayam seketul yang kitorg jadikan tester tu, terpaksa dibasuh & goreng sajalaaaahhh labuuu... Hahaha.. malunya..

 

Kaler, bentuk.. dah sama.. bila rasa, macam menemui kegagalan lak.. Lemak semacam. Takpe, ini adalah kali pertama aku masak leceh2 macam nih. Tapi yang bestnya kegagalan ni aku kongsi bersama abg tersayang hahaha...

 

Sebenar-benarnya haritu aku sakit perut (ni bukan nak ngelat yee.. ini adalah kejadian yang benarrr benarrr berlaku). Lepas tu aku pon keluarkan la buku resipi (Hahaha... abis rasio den). Sambil pegang2 perut, aku pon blender la apa yg patut.. aku andaikan buat sikit je sbb makan tuk 2 org.. Yg dlm buku pulak masak tuk satu famili, so aku pon pandai2 la cut apa yg patut. Sekalinya perut aku sakit bagai nak rak, abg pun tolong ler kacaukan.

 

So, tugas sebagai chef aku serahkan ler pada abg (hahah.. macam nak lepas tgn je). Time nak masukkan santan, abg tanya ler nak masukkan bape byk. Aku tgk dlm buku dia tulis 650ml, dlm kotak santan tu tulis 50ml, aku pun main curah ler semua. Pekat gilos pulak tu. Muka abg pun cuak semacam.

 

Abg tanya aku, sepatutnya kena masuk bape byk. Poyo je aku xplain dgn abg yg tindakan aku tu betul. Bila aku cakap aku cuma masukkan 50ml santan, abg dah buat muka pelik.

 

"Awak biar betul, 50ml tu bukan santan free ke?" Eh yeke?

 

Hahahahahha... rupanya santan tu 250ml, ada free 50ml. Aku cuma nampak 50mlm tu je sebab bukan main beso perkataan tu kt kotak.. Laaa... So semuanya 300ml hahahhaahha... giler ahhh pekat.. Berenang ayam seketul kt dlm tu. Abg kata boleh diselamatkan lagi kuah tu, dia pun buat ler pe yg patut.. letak air kasi cair la.. letak garam gula asam gelugor la... Akhirnya rasanya makin pekat ade la.. Tak pedas langsung sbb aku letak cili tuk mkn 2 org je.. Hahahha.. Ini dah macam kuah tuk 5 famili :p.

 

Akhirnya selamat kuah tu bersemadi dlm sinki.. Jenuh aku dgn abg sakit perut tergelak.. Makin bertambah sakit perut aku.. Hahaha..

 

Nanti aku crite pasal lain pulak ye..

 

Yang pastinya mlm tadi aku masak spaghetti meatball+straw mushroom. Shheedaapp.. Sampaikan lunch tadi pun ada org tu x makan nasik, melantak spaghetti je heheh... Nanti breakfast nak buat sosej, baked beans & scrambled egg.. haahhah sonangbaituu...


Posted at 02:42 pm by mielina
Make a comment  

Monday, December 17, 2007
Gambar Terbaru Hamzah Iqbal di Rumah Baru

     

 

Gambar sekitar Mini Malaysia, Melaka pada 16/12/07

 

 

Gambar masa kat swimming Pool Puteri Resort, Melaka pada 16/12/07

 

 

Gambar Hamzah Iqbal dalam Playard, tunjuk 2 batang gigi

 


Posted at 07:25 am by mielina
Make a comment  

Friday, December 14, 2007
Entry Terbaru di Tempat Baru

1hb Disember 07 pukul 7 pagi, dikejutkan dengan panggilan telefon yang mengatakan lori dah sampai kat Tol Sungai Besi. Alamak, aku tak mandi lagi. Bukan setakat tak mandi, air liur pun tak sempat lap lagi hahah… Bergegas aku mandi, lepas tu kami suami isteri kelam kabut buka katil yang stil bertiang lagi tu. Lahai, karang lori sampai baru terhegeh2 nak mengemas. Sambil tu aku keluarkan barang2 yang nak dimasukkan ke dalam lori dan letak di depan pintu rumah.

 

Sementara mengemas, geng mak yang on the way nak ke surau tu singgah sekejap jumpa aku. Sedih pun ada gak nak meninggalkan makcik2 sporting yang dah lama aku kenal. Tahan je sedih dalam hati.

 

Mak pula ambil tugas mandikan anak bujang aku yang sorang ni. Memang tak terkejar aku dibuatnya. Nasib baik mak ada. Sempat lagi mak buat mihun goreng. Lori sampai semasa katil masih lagi separuh buka.

 

Dalam pukul 10 tak silap aku, baru semuanya settle. Drebar lori dengan anak dia pun dah dijamu mihun goreng. Lepas tu bertolak la kitorg ke Batu Pahat. Air mata jangan kira la, dah meleleh sejak sebelum salam mak abah lagi. Dah la terkilan sebab tak sempat jumpa dengan along & famili, Lila pun tak jumpa.  Tak apa lah, lain kali diorang boleh jumpa aku kat tempat baru aku nanti. Baru bertolak keluar dari Bandar Tun Razak, kitorang terpaksa berpatah balik sebab besi katil pula yang tertinggal. Ceh!!

 

Tak ingat pukul berapa sampai d Batu Pahat, tapi ibu, ayah & adik beradik semua dah menunggu depan pintu. Cuma angah saja yang tak ada. Penuhkan semula lori dengan barang2 abang. Nasib baik aku dah beli peti ais & rak tv, sekurangnya dah ada sikit perabot.

 

Bertolak beramai2 naik Vios dan Kelisa ke tempat baru. Punggah memunggah yang sungguh memenatkan sampai ada yang tertidur hehe.. Sempat juga bentang tikar getah yang berwarna coklat bercorak kayu. Ibu jamu kitorg dengan nasi & lauk yang ditapau dari kampung. Lepas Asar kalu tak silap aku baru ibu, ayah & adik beradik beransur ke kampung. Malam, Ke BP Mall beli mesin basuh dekat SenQ, barang2 dapur & makan malam kat luar.

 

Ahad 2/12/07, tak ingat sangat. Yang aku tau, banyak ke kedai beli barang dapur. Macam ler terer sangat aku masak. Hahaha.. Intan datang petang tu, mengurangkan rindu aku dekat famili & kawan2 lama. Banyak juga yang kitorang borak sampaikan lepas Maghrib baru Intan balik. Jiran sebelah menyebelah datang melawat malam tu tapi aku tak dapat jamu apa2 pun sebab lupa nak beli kordial. Takkan nak hidang air masak kot, air masak pun tak masak lagi hahahah.. Sebelah rumah aku memang abg kenal sebab dorang kerja tempat yang sama.Yang sebelah lagi, akak tu satu famili memang peramah sampaikan dia selalu bawak Hamzah Iqbal ke rumah dia.

 

Isnin 3/12/07, bermula tugas aku sebagai staf baru di tempat ni. Lapor diri lepas Lunch sebab pergi buat surat sumpah di Pesuruhjaya Sumpah & medical checkup di Putra Specialist dulu. Lunch kat Carefour. Tempat tak ada lagi sebab ofis still dalam proses renovation. Ramai2 berkampung di bilik mesyuarat.

 

Selasa 4/12/07, Tempat : Bilik Mesyuarat. Perkara : Masih lagi tersangap2 sebab tak ada kerja. Pegawai aku namanya Kak Zah & pembantu dia namanya Mai. Kerani setaraf aku cuma ada dua orang, Abg Halim & aku. Sempat juga lah belajar berkenaan pindah peruntukan. Buat pengetahuan semua, aku masih lagi di Unit Belanjawan, Unit yang pernah aku duduk di tempat lama selama 5 tahun. Adeh, boring memang boring tapi apa nak buat. Mungkin dekat sini banyak lagi berkenaan Bajet yang boleh aku belajar.

 

Lunch, berlari sekejap ke Chan Furniture. Order rak dapur gas & sofa L. Masuk ofis lewat setengah jam. Ni staf Chan punya pasal la ni, lemau tul. Petang tu abg call kata mesin basuh dah sampai. Alhamdulillah, melambak kain yang kotor kat rumah.

 

Sharp pukul 5 aku balik. Lupa nak bagitau, Hamzah Iqbal sekarang dijaga adik tuan rumah aku. Orangnya memang baik & peramah, Hamzah Iqbal pun suka.

 

Malam, masak sambal telur kalu tak silap aku. Abg kata sedap, aku kata mcm x cukup sedap. Hahah.. Ye la, orang baru belajar masak ler katakan..... huhuh jgn gelakkan aku.

 

Rabu 5/12/07, masih lagi di bilik mesyuarat. Lunch, balik masak & terkejar2 semula ke ofis.

 

Malam, masak sup cendawan & ayam goreng.

 

Khamis 6/12/07 aku tak ingat sangat. Yang pasti hujan lebat & perabot aku sampai. Nasib baik la sofa dibalut plastik, kalau tak naya je duduk atas sofa basah. Hamzah Iqbal paling seronok main panjat2 sofa sampai terjatuh ke lantai. Itu pun tak nangis, makin suka ada la.

 

Jumaat 7/12/07, pagi2 lagi ada mengaji. Aku yang tak tau pape ikut je la dorang. Al-Quran pun tak ada, so jeling je la org sebelah. Lepas ni nak beli satu, dah lama aku tak mengaji. Dapat mkn nasi ambeng. Ni la 1st time aku makan nasi ni. Gotong-royong mengemas dan mengangkut barang ke ofis baru. Yey, dah dapat tempat & komputer sendiri.

 

Lunch balik & masak. Tukar  baju daripada blaus ke tshirt sbb berpeluh2. Lepas tu sambung gotong-royong. Kak Zah belanja KFC, makin rancak la makan petang tu.

 

Malam, aku tak boleh bangun sebab lenguh kaki tangan. Sakit sangat sampaikan jalan pun terkengkang-kengkang. Urat tapak kaki pula jadi tegang. Adeh, dah macam hulk cara aku jalan. Planning nak balik kampung pun tergendala sebab aku dah tak boleh jalan. Tu la, baik hati sangat tolong org mengangkut barang sampaikan badan sendiri jadi sakit-sakit.

 

Sabtu 8/12/07, breakfast ape aku tak ingat. Yang pasti aku dengan abg kepenatan & tertidur sampai ke tengahari. Bergegas kitorg berkemas dan balik kampung. Sukanya Hamzah Iqbal dapat jumpa dayang2 kat kampung tu. Ada je yang mengacau dia. Lega sikit aku dengan abg sebab boleh rileks2. Abg suka la.. dapat tgk astro.

 

Ahad 9/12/07, malam baru bertolak balik. Singgah sekejap kat Carrefour beli barang dapur. Ibu tapaukan nasi minyak, daging kurma & ayam masak merah. Jimat duit heheh..

 

Isnin 10/12/07, bermula la hari pertama di meja baru (meja lama pun sebenarnya). Macam biasa, sangap. Yang kelakarnya, pagi2 ada perhimpunan & nyanyi lagi ofis. Bukan satu.. tapi 2 lagu yang satu hape pun aku tak tau. Hahaha. Ikut je la. Lepas tu ada pengumuman blablabla.. Lepas tu ada selawat nabi. Alamak, ada sesi peluk memeluk pulak.. Hahahah yang ni aku nak tergelak jugak sebab sesuatu yang baru. Ye ah, kat tempat lama aku manade peluk2 pegawai ni. Bagus juga, ada la rasa erat sikit sesama staf.

 

Selasa 11/12/07,

 

Mula ada kerja tapi minta dengan Unit Akaun. Masa ni memang terbayang budak2 Akaun kat tempat lama. Best la sebab ada kerja hahaha.. Dapat surat untuk buat Virement. Aku terbuat Jernal sebelum Kak Zah & Bendahari luluskan surat tu. Wah wah.. advance tul aku ni hahahaha.. Nasib baik la Mai kata xpe, ketepikan dulu Jernal tu. Huhuh pantang kasi kerja, nak abiskan je aku nih :p. Tolong Unit Akaun potong Label Statut.

 

Rabu 12/12/07

 

Macam hari Selasa gak, minta kerja dengan Unit Akaun. Dapat lagi surat Virement.

 

Khamis 13/12/07

 

Macam semalam gak. Melabel fail Unit Akaun CBA & Journal. Dengar Bank Recon, teringat Fadly & budak2 Akaun. Malam ke Carrefour. Baru shopping meja kopi, Hamzah Iqbal dah terberak. Sambung balik shopping & beli rak barang dapur. Makan Pizza Hut kt Bukit Pasir. Abg marah sebab Hamzah Iqbal buat perangai. On the way balik rumah, nasib baik tak accident dengan van yg tiba-tiba nak belok kanan. Mengamuk abg dalam kereta. Aku yang tengah lelap mata menjerit sebab terkejut bila abg brek emergency. Nasib baik Hamzah Iqbal tengah sedap terlelap kat Baby Seat.

 

Jumaat 14/12/07, mengaji lagi. Kali ni aku tak kisah sebab aku dah beli Al-Quran. Senang nak baca, tak payah jeling orang sebelah. Ada majlis perpisahan budak2 praktikal. So far 3 orang budak2 praktikal ni baik dengan aku. Rindu la nanti dengan dorang. Ingat nak keluar 3 jam sebab nak ikut abg Kursus di Melaka, malangnya Kak Zah tak kasi. Dia kata budak baru macam aku sepatunya 2 bulan pertama tak boleh cuti atau ambil 3 jam. Tak kisah la sebab aku tanya je. Lagi pun abg pun tak kisah tunggu aku. Mak Nin (pengasuh Hamzah Iqbal) kata, Hamzah Iqbal cirit-birit. Risau betul aku, dah ler nak jalan jauh. Mebi kejap lagi nak cari ubat dekat farmasi. Harap2 tak teruk.

 

Sekarang tengah tunggu pukul 5 petang. Berapa hari punya entri aku tak upload, sekali upload, panjang berjela. So, sesiapa yang tengah rindu kat aku tu baca la entry ni setiap hari (walaupun tak berupdate) hehehe..


Posted at 03:20 pm by mielina
Make a comment  

Thursday, November 15, 2007
selamat tinggal!!

selamat tinggal famjaruh

selamat tinggal hukm

selamat tinggal bandar tun razak

selamat tinggal suma...


Posted at 02:32 pm by mielina
Make a comment  

Monday, October 29, 2007
Perkara Yang Dah Berlaku..

Kat sini aku list downkan perkara2 yg dah lepas yg x sempat aku updet :

1.  Birthday Muhammad Hamzah Iqbal.. Selamat Hari Jadi sayang... yang pertama.. 21 Oktober. Dapat hadiah dari Mama & Makcu..

2.  Birthday suami tercinta yang ke 27thn.. Selamat Hari Jadi sayang.. 24 Oktober

3.  Birthday mak yang ke 50thn.. Selamat Hari Jadi Mak.. 7 Oktober

4.  Hamzah Iqbal dah tumbuh 2 batang GIGI KAPAK (mcm ibu dia gak).. & ondewei tumbuh lagi 2 batang gigi bawah

5.  Hamzah Iqbal dah berjalan laju mcm ketapi xleh stop sampaikan dinding kaca pon dia langgar

6.  Hamzah Iqbal & abg jatuh terlentang kt beranda rumah MIL sbb mozek licin.. & sekali lagi Hamzah Iqbal jatuh terlentang dlm toilet masa abg mandikan.. Smlm kening belah kanan lebam terantuk besi katil.. Ish macam2 ler anak ibu nih..

7.  Puasa aritu (eh puasa ke? Ke sblum puasa? Sebelum puasa rasanya..) abg jumpa rantai emas, berat la jugak.. Hehehe..

8.  Aku dah bawak Kelisa sikit2 masa kt kampung.. Ish dah lupa la camne nak bawak manual.. Abis abg ajar U-turn tengah2 jalan kampung.. aku pon main belasah je.. hahaha.. sibaik lepas..

9.  Jumaat malam yg lepas aku bawak Vios dari R&R Nilai sampai ke R&R Ayer Keroh.. Pastu sambung daripada Mobil Tangkak sampai ke Semerah, Batu Pahat.. heheeh..

10.  Ahad pagi, aku bawak Vios dari R&R Kg. Bemban sampai ke Tol Sg. Besi.. Huhu ngantuk rupanya bawak kt Hway nih.. Sampai cramp lutut & tgn kanan aku.. Hujan lebat lak tu..

11.  Raya sedondon pakai kaler kuning kunyit.. & 1st time bergambar raya kt studio bersama Hamzah Iqbal.. dah ler begambo pukul 9 mlm heheh... Mekap pon dah cair..

12.  Puasa aritu intebiu kt Ittho tp dlm keadaan x ready sbb dah bape hari Hamzah Iqbal demam panas.. Tak tido malam dibuatnya.. Dah ler masa intebiu tu kasut pulak koyak.. Hahahah malang tul aritu!!

13.  Bukak pose kat Manhattan Fish Market, Midvalley sampai kena RM1++.. Hahaha... apela.. org lain punya order pon kitorg bedal.. Mana kitorg tau Fish Platter sampai RM42 :p.. Sibaik memang ada duit lebih..

14.  Mia dah meniarap.. Pastu mulut dah pandai jelir lidah.. Gelak je keje dia..

Sampai sini je kot.. Kalu ada pape lagi nnti aku sambung..


Posted at 01:06 pm by mielina
Make a comment  

Next Page